
Kami kini BUKA untuk PENDAFTARAN
[Mari Belajar Membaca Al Quran]
Dalam kitab Shahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”
Kami adalah penyedia utama pendidikan Al Quran selaras dengan pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan menawarkan dua program inovatif pendidikan Al Quran Iaitu Program Al Quran Learning Centre (ALC) dan Program Neuro Nadi Al Hafiz (NAC)
Apa itu Al Baghdadi Learning Center (ALC)?
- Al Baghdadi Learning Centre (ALC) merupakan Pusat Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi menawarkan pembelajaran Al Quran bermula dari asas Tamhid, Tajwid, Talaqqi Am dan Talaqqi Khas Al Baghdadi
Kelebihan Belajar Al Quran Di ALC Bemban Heights
- Semua guru yang mengajar mempunyai sijil-sijil daripada Al Baghdadi Group
- Kami menyediakan Program Bimbingan Individu
- Sesi pengajian Al Quran adalah secara one to one antara anda dan Guru Al Quran sahaja
- Masa pengajian boleh dipilih mengikut kesesuaian anda - pengurusan masa lebih efektif
- Jadual dan sesi pengajian diatur secara Jam Kredit
- Pengajian boleh bermula dari ASAS (jika anda ZERO, huruf pon x kenal) dan kami akan bimbing anda sehingga KHATAM Al Quran
- Mempunyai takwim tempoh pengajian yang teratur dan sukatan pengajian yang sistematik
- Kami sediakan Kelas Intensif - pengajian secara kumpulan untuk memperbanyakan kekerapan pengajian bagi membantu penguasaan Al Quran dengan lebih cepat
Contoh Sesi Pembelajaran

dav

dav

Apa pelajar kami kata...
Puan Nor Atikah - Ketua Jururawat
"Dahulu saya fikir saya boleh mengaji, satu hari saya dapat teguran rupanya bacaan saya tanpa tajwid dan sebutan ikut cara sendiri. Saya mula cari guru utk mengaji. Alhamdulillah saya jumpa guru yang terbaik."
Tuan Haji Hazemi Idris - Pesara
"Alhamdulillah setelah 13 bulan saya belajar membaca Al Quran kaedah Al Baghdadi di ALC Bemban saya dapat menguasai bacaan secara bertajwid dan memperelokkan bacaan sebutan huruf dan dapat membaca Al Quran seperti bacaan Mishari Al Afasy."
Puan Hajah Hadijah Hashim - Pesara Polis
Terima kasih pada ustazah dan bersyukur sangat, sejak belajar mengaji kaedah Al-Baghdadi dengan ustazah di ALC Bemban, saya dah dapat menguasai membaca Al-Quran.Kalau dlu saya memang tak tau langsung dan tak boleh membaca Al-Quran,tapi sekarang ,Alhamdulillah.....
Puan Hajah Sharidah Bujang - Bekerja Sendiri
Assalamualaikum Alhamdulillah syukur sejak mula saya ngaji dgn ALC Bemban selama 13 bulan saya sudah boleh mengaji dan kelazatan mengaji sudah dirasai walaupun mulanya merangkak-rangkak.
Teknik mengajar dgn mengetok adalah unik dlm ALC. Saya bermula dengan kosong tentang tajwid tapi kini saya sudah tahu mudah bagi saya membaca Al Quran pelindung saya di alam barzakh nanti. Terima kasih kepada ustazah yang banyak membantu mendidik kami daripada tidak tahu hingga kami boleh membaca Al Quran.
ALC Bemban menyediakan tempat mengaji yang elok dan selesa bagi pelajar-pelajar yang ingin menuntut ilmu Al Quran dan saya amat menyokong dan berpuas hati belajar di sini.
Puan Hajah Hamidah Hamzah - Surirumah
Alhamdulillah setelah 13 bulan saya belajar membaca Al Quran kaedah Al Baghdadi di ALC Bemban saya dari kosong sekarang dah boleh mengenal huruf, tajwid dan membaca saya sangat bersyukur ditemukan dengan Ustazah Nor Azian dan yang penyabar dan tekun mengajar juga sahabat-sahabat yang seperti saudara sendiri. Semoga Allah SWT berkati segala usaha Ustazah untuk menjadikan kami lancar membaca Kalam Allah.
Jangan tunggu lagi...
Jika ada terdetik di hati untuk belajar membaca, memperbaiki bacaan atau talaqqi bersanad Al Quran, segeralah hubungi kami.
Selagi masih diberi kesempatan oleh Allah Subhanahu wataala...
- Sasaran peserta adalah murid sekolah berumur 7 tahun sehingga orang dewasa 70 tahun boleh mengikuti program ALC ini
Sila isikan maklumat di ruang berikut. Kami akan hubungi anda dengan segera...
Penyertaan di kalangan suami isteri, ahli keluarga dan yang tidak berkemampuan, akan diberi potongan yuran.
ALC BEMBAN HEIGHTS - ARRUH ENTERPRISE

ALC Bemban Heights yang diuruskan oleh ARRUH ENTERPRISE adalah sebahagian daripada 600 ALC di seluruh negara dan telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records kategori The Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia pada Februari 2013.
Pengurus ARRUH ENTERPRISE

Puan Hajah Nor Azian Binti Ismail adalah bekas guru dan mempunyai Tauliah Mengajar Al Quran daripada Kerajaan Negeri Melaka.
Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan, kami di ALC Bemban Heights, memahami tahap dan bagaimana mengembangkan potensi manusia.
Setiap muslim mempunyai peluang untuk bersama menikmati mukjizat terbesar di akhir zaman ini iaitu kalam Allah dalam bentuk Al Quran Al Kareem.
Kami di ALC Bemban Heights, bersama-sama semua para muallim Al Quran, ingin membentuk generasi Al Quran di zaman ini. Semoga usaha yang kerdil ini dapat menyumbang ke arah kegemilangan umat Islam pada masa hadapan.
Kemudahan di ALC Bemban Heights



Kami Di Sini:
ARRUH ENTERPRISE
JB8796 Jalan BH1 Taman Bemban Heights Fasa 1
77200 Bemban Melaka
Tel: 019 289 5699
Jangan tunggu lagi. Isikan maklumat dalam ruang yang berikut. Kami akan hubungi anda dengan segera...
Penyertaan di kalangan suami isteri, ahli keluarga dan yang tidak berkemampuan, akan diberi potongan yuran .
Kami BUKA untuk Pendaftaran.
Copyright 2019 @ https://arruh.co