
★★★★★
Saya sangat berpuas hati dengan kelas Tahsin al-Quran yang saya ikuti. Pengajar sangat berpengalaman dan sabar dalam mengajar. Saya dapat memahami dan memperbaiki bacaan saya dengan lebih baik. Kelas ini juga memberi peluang untuk berinteraksi dengan peserta lain yang mempunyai minat yang sama. Saya sangat mengesyorkan kelas ini kepada sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran membaca al-Quran mereka.
Kamil Hamdan
Jasin Bestari

Kaedah Pengajaran
Kelas Tahsin kami menggunakan kaedah Baca Ikut Guru (BIG) yang mudah dan sesuai untuk dewasa.

Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar adalah bertauliah, mempunyai sijil sanad talaqqi, berpengalaman dan komited untuk membantu anda membaca Al-Quran dengan betul.

Tambah Nilai
Setiap episod pembacaan akan diterangkan tanda-tanda bacaan dan di mana perlu, hukum-hukum tajwid yang berkaitan akan dijelaskan.
Testimoni Peserta
★ ★ ★ ★ ★
Tahap Cemerlang daripada reviu 40 peserta
Saya rasa bacaan saya ok. Rupanya…
“Dahulu saya fikir saya boleh mengaji, satu hari saya dapat teguran rupanya bacaan saya tanpa tajwid dan sebutan ikut cara sendiri. Saya mula cari guru utk mengaji. Alhamdulillah saya jumpa guru yang terbaik.”
★ ★ ★ ★ ★
Puan Nor Atikah – Ketua Jururawat
Dari tak tahu langsung…
Terima kasih pada ustazah dan bersyukur sangat, sejak belajar mengaji kaedah Baca Ikut Guru dengan ustazah, saya dah dapat menguasai membaca Al-Quran. Kalau dulu saya memang tak tau langsung dan tak boleh membaca Al-Quran, tapi sekarang ,Alhamdulillah…..
★ ★ ★ ★ ★
Puan Hajah Hadijah Hashim – Pesara Polis
Kuasai Bacaan Tajwid
”Alhamdulillah setelah 13 bulan saya belajar membaca Al Quran kaedah Baca Ikut Guru, saya dapat menguasai bacaan secara bertajwid dan memperelokkan bacaan sebutan huruf.
★ ★ ★ ★ ★
Tuan Haji Hazemi Idris – Pesara
Tiga belas bulan dari kosong…
Assalamualaikum Alhamdulillah syukur sejak mula saya ngaji selama 13 bulan saya sudah boleh mengaji dan kelazatan mengaji sudah dirasai walaupun mulanya merangkak-rangkak.
Saya bermula dengan kosong tentang tajwid tapi kini saya sudah tahu mudah bagi saya membaca Al Quran. Terima kasih kepada ustazah yang banyak membantu mendidik kami daripada tidak tahu hingga kami boleh membaca Al Quran.
★ ★ ★ ★ ★
Puan Hajah Sharidah Bujang – Bekerja Sendiri
Apakah manfaat mengikuti kelas tahsin?
Mengikuti kelas tahsin membantu meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dengan betul, memperbaiki tajwid, dan memahami makna ayat. Ia juga memberi peluang untuk berinteraksi dengan pengajar yang berpengalaman.
Siapa yang boleh menyertai kelas ini?
Kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur, dari dewasa hingga warga emas. Tiada pengalaman sebelumnya diperlukan, hanya keinginan untuk belajar dan memperbaiki bacaan Al-Quran.
Berapa lama kelas tahsin berlangsung?
Kelas tahsin biasanya berlangsung selama 1 jam setiap sesi, dengan jadual yang fleksibel. Peserta boleh memilih waktu yang sesuai untuk mereka, sama ada pada hujung minggu atau hari biasa.
Adakah terdapat yuran untuk menyertai kelas?
Ya, terdapat yuran pendaftaran yang perlu dibayar untuk menyertai kelas tahsin. Yuran ini digunakan untuk menampung kos pengajaran dan bahan pembelajaran.
Bagaimana cara mendaftar untuk kelas ini?
Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web kami. Isi borang pendaftaran dan kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempat dan maklumat lanjut.
